Damai dan kegagalannya Perang Seminole Kedua

Januari 1837 melihat perubahan dalam perang. Dalam pelbagai pertembungan sejumlah Seminole dan Seminole Hitam terbunuh atau ditawan. Dalam Pertempuran Hatchee-Lustee, brigade Marin menahan antara tiga puluh sehingga empat puluh Seminole dan kulit hitam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, bersama 100 kuda barangan dan 1,400 ekor lembu. Pada akhir Januari sesetengah ketua Seminole menghantar perutusan kepada Jesup,dan mengatur genjatan senjata. Pertempuran tidak berhenti serta merta, dan perjumpaan antara Jesup dan ketua-ketua Indian tidak berlaku sehingga akhir Februari. Pada March 'Penyerah kalah'ditanda tangani oleh sebilangan ketua, termasuk Micanopymenyatakan bahawa Seminole boleh ditemani oleh rakan mereka dan "negro mereka, harta 'bona fide' " dalam pemindahan mereka ke Barat.[34]

Malah ketika puak Seminoles mula tiba di kem Tentera bagi menunggu pengangkutan ke barat, penangkap hamba menuntuk kembali orang kulit hitam yang tinggal bersama puak Seminoles. Oleh kerana puak Seminole tidak memiliki rekod bertulis bagi hakmilik, mereka biasanya kalah dalam pertikaian mengenai hak milik. Orang kulit putih yang lain cuba menjadikan puak Seminole ditahan di atas tuduhan jenayah atau hutang. Kesemua ini menjadikan puak Seminole mensyaki mengenai janji yang dibuat oleh Jesup. Disebaliknya, ia disedari bahawa ramai dari pahlawan yang datang ke kem pengangkutan tidak membawa keluarga mereka bersama, dan kelihatannya lebih berminat untuk mengumpul bekalan. Menjelang akhir May, ramai ketua, termasuk Micanopy, telah menyerah diri. Bagaimanapun, dua pemimpin penting, Osceola dan Ar-pi-uck-i (Sam Jones), tidak menyerah, dan diketahui menentang dengan keras pemindahan itu. Pada 2 Jun kedua pemimpin ini bersama 200 pengikut memasuki kem tahanan di Fort Brooke dan membawa keluar 700 Seminole yang telah menyerah. Perang kembali meletus, dan Jesup tidak lagi akan mempercayai janji puak Indian.[35]

Perang tidak berterusan serta merta pada skala besar. Jeneral Jesup memikirkan bahawa dengan penyerah diri begitu ramai Seminoles bererti perang sedang berakhir, dan tidak merancang kempen yang panjang. Ramai tentera telah ditempatkan di tempat lain, atau, dalam kes orang bersenjata militia dan sukarelawan,dibebaskan dari tuga. Ia juga memasuku musim panas, 'musim sakit', dan Tentera tidak bertempur dengan agresif di Florida semasa musim panas. Panik 1837 telah mengurangkan pendapatan kerajaan, tetapi Kongres meluluskan tambahan US$1.6juta bagi perang. Pada Ogos pihak Tentera berhenti membekalkan perbekalan kepada orang awam yang mencari perlindungan di kubunya.[36]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...